Wednesday, November 21, 2012

Tenggiri Unjam Tuas, Yan Kedah Malaysia

DAERAH Yan, Kedah cukup sinonim dengan lubuk memancing tenggiri yang dikatakan semakin dikenali pemancing disekitar negeri utara hingga ke selatan. Keunikan terdapat pada sejenis unjam diperbuat daripada batang buluh dan pelepah kelapa atau dikenali sebagai unjam oleh penduduk daerah ini menjadi sebab mengapa lokasi ini dikenali sebagai lubuk memancing ikan tenggiri. Raya Haji ke dua baru-baru ini, penulis berkesempatan memancing di lokasi terbabit dan hasilnya sebanyak 6 ekor tenggiri berjaya dipancing menggunakan kaedah menganyut ikan kembong mati, mengilat dan mengunjun besi jig Jom saksikan gambarnya:
SEBELUM tiba ke Tuas yang memakan masa hampir 40 minit dari Jeti Sungai Dulang, Yan, kami sempat mengangkat bubu yang ditahan oleh tekong Atan untuk mengumpan ikan jenahak atau kerapu.
TANGKAPAN pertama oleh Anas yang menggunakan teknik menganyut kembung/ selar mati yang dilepaskan kira-kira 50 meter.
SELAIN ikan tenggiri, ikan pecah periuk, GT, pisang, kerapu dan belitung turut terdapat dalam unjam yang dibina dengan batang buluh dan pelepah kelapa ini.
Perlawanan mengasyikkan oleh Paan dengan selepas menghanyutkan ikan mati dan kemudian disambar sang tenggiri pelahap!
Hasilnya ikan tenggiri berskala 3 kg berjaya dinaikkan.
Aksi penulis dengan sang tenggiri.Set digunakan Venom Hybrid PE-1-2 dan kekili Ryobi Kriger 4000
Nah!! hasilnya berskala 4kilogram selepas umpan dihayutkan di larikan pemangsa.
PENULIS bergambar dengan sejenis spesies belitung atau ikan golok yang banyak satu ketika dulu di unjam tuas.
IKAN pisang atau Rainbow Runner yang berjaya dipancing. Ikan layaran juga terdapat di unjam ini jika kena pada keadaan air dan cuaca Tip/info memancing di Tuas 1.Sewa bot sekitar RM500-600 sehari 2.Bot boleh dinaiki 5-6 orang 3.Gunakan umpan mati/ hidup dengan kaedah menilat atau menganyut 4.Perambut khas mata tiga selari dengan dawai berkekuatan 20 paun digunakan 5.Gunakan tali mono bersaiz 20-30lb berwarna seakan biru laut atau putih dan elakkan menggunakan tali sulam kerana tenggiri semakin culas 6.Set digunakan memadai joran PE 1-2 atau 10-20 paun dan saiz kekili mendatar 2000-4000 7.Kaedah mengilat gewang turut berkesan dengan jenis selaman dalam bersaiz 7-10cm 8.Kaedah menunda Rapala Magnum, Halco Socerer 5 meter dan mengunjun jig 10-20lb juga berkesan.

No comments: