Sunday, September 26, 2010

PEACOCK BASS@SUBANG JAYA


Peacock Bass hampir sekilogram menghentam Flutterstik 'glow in the dark'

Peacock membaham Flutterstick lagi!

Subang Jaya: Setelah sekian lama penulis yang kerap menjadikan Tasik Subang Jaya sebagai port memancing bersebelahan Subang Jaya Medical Centre (SJMC) milik Sime Darby pada zaman menuntut di UiTM dulu selalunya tidak pernah menaikkan ikan Peacock Bass yang berskala hampir 1 kilogram (Kg)
Baru-baru ini, trip yang diatur semula oleh Team Noob Caster menjelajah tasik itu membawa berita gembira apabila penulis sendiri menaikkan ikan berasal dari sungai Amazon itu terjerat di lure Flutterstick itu.
Walaupun perlawanan singkat selepas mangsa menyerang hendap bawah rimbunan pokok kelapa sawit yang daunnya terjuntai permukaan tasik, joran dari Seahawk Scorpion 6-12 paun cukup cantik melentur 'U'apabila dipadankan dengan Abu Revo Elite CB GP beralas 10 ball bearing itu.
Jom kita saksikan gambarnya'


Jarak dekat PB berlatarbelakang hotel Holiday Villa Subang Jaya.


Saiz jika dibandingkan dengan botol minuman Coca Cola


Saiz juvenil yang kerap dinaikkan dengan lure hot tiger. Apabila anda menggunakan kaca mata polarized, kelibat ikan ini menghentam atau mengejar gewang boleh dilihat dengan jelas. Sekelip mata sambaran berlaku.Bestt.


Pandangan sisi ikan yang saiz sama. Kolam yang berair jenis umpama kristal menyerlahkan warna ikan ini. Cantik dibela dan jangan pula dilepas.


OOO yeahhh..penulis berposing dengan ikan sama.

Kesimpulan: Tasik Subang Jaya mempunyai tiga kawasan untuk dicuba. Tasik Pertama terletak berhampiran Lebuhraya Persekutuan. Kedua Tasik yang dahulunya kolam berbayar Halim (kini boleh memancing secara percuma di sini) dan ketiga, tasik berhampiran Holiday Villa.
Kawasan berair jernih amat susah dipancing menggunakan gewang kerana 'kebijakkan' ikan ini mengecam gewang yang dihulurkan. Oleh itu pemancing digalakkan menggunakan gewang bersaiz 7cm seperti Flutterstik@Baby Cima berwarna terang untuk menjinakkanya. Selamat mencuba.

Wednesday, September 22, 2010

Siakap a.k.a Barramundi@Bedong


Siakap berskala 5 kilo berjaya didaratkan dengan umpan ikan puyu selepas aktivti mengilat menggunakan gewang tidak mendatangkan hasil.

Siakap makan ikan Puyu.

BEDONG: Siakap seberat 5 kilogram (kg) yang diidamkan akhirnya terkulai dengan Abu Revo Elite CB GP selepas berjaya didaratkan dengan ikan puyu yang merupakan 'killer' spesis Barramundi yang terkenal dengan aksi akrobatiknya.
Teknik mengunjam puyu dengan perambut 1/2 meter tanpa mengunakan ladung menjadi apabila selepas 15 minit bertarung di Kolam Air Masin Ah Thye atau dahulunya dikenali sebagai Kolam Memancing Ikan masin Kekilai.
Diberitakan antara ikan yang mendiami kolam yang diusahakan hampir 10 tahun lalu adalah Bulan, Bedong(Sebarau), Ikan Susu (Milk Fish) dan Jenahak. Penulis yang pertama kali mengunjungi kolam ini cukup kagum dengan suasana dan kemudahan yang disediakan.

Jom kita saksikan gambarnya


Yazid dengan tangkapan pertama skala 3 kilogram.


Tidak henti-henti Yazid menerima tentangan daripada siakap yang mula gemarkan ikan puyu.Letak makan...letak makan...


Lagi ikan siakap yang diperoleh...hampir 20 ekor diperoleh dengan bayaran RM30 sehari dan RM12 sekilogram jika handak dibawa balik.


Siakap juvenil yang banyak menghentam Flutterstick


Siakap hampir 5 kg berjaya dipancing kanak berusia 7 tahun selepas jorannya diseret dalam kolam.

Kesimpulan: Kolam komersial di negeri Kedah yang satu-satunya yang menyedikan stok ikan siakap mega.Saiz 20 kg masih lagi terdapat dalam kolam ini. Penulis cukup kecewa apabila Abu Revo yang diketatkan dragnya gagal mengekang larian mangsa yang dianggarkan 7 kg dan menyebabkan tali sulam 20 paun putus. Destinasi wajib dikunjungi pemancing yang inginkan aktiviti yang santai sambil 'menyekap'