Monday, July 18, 2011

Dr Zeb Hogan-Pejuang Ikan Mega

Susunan/ terjemahan Zulhilmi Hat
PEJUANG ikan bersaiz gergasi, Dr Zeb Hogan, 36, adalah individu ternama yang bukan asing di kalangan kaki pancing yang gemar melihat beliau beraksi di kaca televisyen melalui program Hooked dan Monster Fish di saluran National Geographic yang bersiaran setiap minggu.

Pakar hidupan akuatik dan ekologi yang memperoleh PhD dari University California itu dikatakan sudah menjelajah hampir semua perairan di dunia termasuk Thailand dan Kemboja demi merealisasikan hasil kajian beliau iaitu memulihara ikan gergasi air tawar.

Saintis berasal dari Tempe, Arizona itu juga sudah menjejaki beratus- ratus ikan air tawar di Asia Tenggara dan Amazon, Brazil untuk mengisi kajiannya mengenai kelangsungan hidupan spesies ikan gergasi.

Antara spesies ikan yang menjadi hasil kajian Dr Hogan seperti keli Mekong, pari gergasi air tawar, trout, keli wel, salmon dan arapaima gigas atau pirarucu yang kini di ambang kepupusan hasil tangkapan melampau.

Dr Hogan yang juga Ketua Projek Ikan Gergasi National Geographic (Megafishes Project) berkata, keghairahan beliau memulihara ikan gergasi bukan terletak kepada kerja sematamata, malah cinta beliau terhadap hidupan ikan air tawar membawa dirinya semakin berani untuk berjuang memulihara ikan ini.

Kunjungan beliau ke Kemboja sebelum ini berjaya menyelamatkan keli Mekong gergasi yang ditangkap nelayan tempatan. Beliau membeli semua ikan ini dan kemudian melepaskan semula pada habitat asal.

"Pemahaman dan pembelajaran mengenai habitat ikan juga sangat penting. Dengan cara ini kita dapat mengenal pasti hidupan ikan diancam kepupusan yang teruk," katanya.

Beliau dan rakan saintisnya turut memberi sumbangan dengan menghasilkan buku berkaitan nama spesies ikan untuk kanak-kanak Kemboja dan hasilnya cukup menakjubkan apabila mereka dapat mengenal pasti ikan yang mendiami perairan sungai Kemboja.

Selaras dengan itu, Dr Hogan menumpukan beberapa projek kajian beliau mengenai pemuliharaan ikan air tawar gergasi di Kemboja seperti Status dan Migrasi Keli Gergasi Mekong di Sungai Tonle Sap, Migrasi Ikan Keli Gergasi (Anadromous Catfish Pangasius Krem), Implikasi Genetik ikan Keli Asia (Asian Catfish Pangasius hypophthalmus) dan Pemuliharaan serta Ekologi Spesies Ikan Migrasi.

Sumbangan beliau diteruskan ketika menjalankan projek pemuliharaan ikan salmon gergasi di Mongolia apabila berjaya menyelamatkan ikan terbabit daripada kepupusan dengan memperkenalkan sistem syarikat konsesi eko- pelancongan yang menguruskan pakej pancing layang berkonsepkan tangkap dan lepas.

Kaedah terbabit secara langsung menjana ekonomi terhadap penduduk tempatan dan sekali gus memulihara spesies salmon terbabit daripada pupus.
Dr Hogan berkata kajian mengenai kehidupan ikan gergasi akan diteruskan sampai bila-bila demi menjaga spesies ini daripada terancam. Ini kerana kebanyakan tempat di dunia semakin mengalami kepupusan ikan bersaiz gergasi dan oleh itu tindakan memulihara perlu untuk generasi masa depan.


Projek Ikan Gergasi (Megafish Project)

PROJEK Ikan Gergasi adalah cubaan pertama dilakukan untuk mendokumenkan dan melindungi ikan gergasi air tawar yang diancam kepupusan.

Projek yang bermula awal 2004 diketuai Dr Hogan melalui National Geographic akan menjelajah 14 ekosistem air tawar di dunia bagi mengkaji kepelbagaian spesies akuatik termasuk di tapak warisan dunia, Kepentingan Antarabangsa Tanah Lembap Ramsar dan Program Biodiversiti Tumpuan Persekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sepanjang kajian ini, Dr Hogan dan pasukannya akan menghimpunkan maklumat mengenai sejarah kehidupan, status populasi, kedudukan geografi serta mengaitkan ancaman setiap spesies dan mensintesiskan maklumat ini kepada IUCN Red List Assessments untuk dianalisis.

Beliau turut bekerjasama dengan lebih seratus saintis dan nelayan di 17 negara untuk mencari penyelesaian kepupusan biodiversiti ikan air tawar. Mereka turut mencari ikan air tawar gergasi untuk tujuan kajian ini.

Sumber: http://www.nationalgeographic.com/

Monday, July 4, 2011

Tarpon@Bulan di Kedah

Ikan Bulan di Kedah
Selepas mendapat tunjuk lokasi dari sahabat yang melakukan lawatan tapak kerja di kawasan Kuala Kedah, penulis berkesempatan balik ke kampung baru-baru ini mencari tempat yang diceritakan itu..
Lokasi sungai kecil dan berada di kawasan sawah menjadi habitat ikan bulan hidup menjadi lubuk baru penulis yang gilakan tentangan ikan ini.

Jom saksikan gambarnya:


Ikan Bulan pertama tangkapan penulisdi negegeri Kedah Darul Aman


Ikan Bulan yang berjaya dipancing menggunakan Abu Tormentor warna merah jambu,putih.


Warna keperakan bulan dekat sini menyerlah ditambah warna merah bahagian sirp dorsal.


Saiz ikan bulan frenzy cukup besar sehinggakan depan kaki penulis, ikan ini muncul tanpa malu-malu..


Kalau rajin kasting...ni lah hasilnya..

Kesimpulan: bulan di Kuala Kedah ini masih malu-malu dengan gewang. Gunakan gewang saiz mikro seakan ikan seluang pasti mencakop. Cara dia menyambar gewang cukup sopan santun tetapi apabila terkena matakail larian padu dibuatnya bakal mengagalkan untuk mendaratkan ikan ini.gunakan set UL cukup padan dengan saiznya..