Tuesday, October 19, 2010

Joranharian.blogspot.com: BULAN MENGAMBANG

Joranharian.blogspot.com: BULAN MENGAMBANG

BULAN MENGAMBANG




Layan Ikan Bulan dengan Ultralight/Micro Lure

SABAK BERNAM: Trip terjah yang direncanakan Noob Caster bagi mencari Ikan Bulan atau Tarpon di daerah ini cukup mengujakan penulis apabila ikan yang sering membuat aksi gymnastik selepas terkena mata kail itu tewas di tangan penulis dan rakan-rakan baru ini.
Dengan menggunakan set spining aksi ringan atau ultrlight, ikan bermata bulat besar dan bersisik perak ini mudah ditumpaskan walaupun kejadian rabut seperti gewang terpelanting atas darat semula selepas ikan ini melakukan aksi gymnastiknya.
Tambahan pula, tali air payau dan berwarna seakan hijau jernih adalah habitat asal yang cukup baik untuk ikan bulan bersantuari dan membiak dengan banyak di kawasan ini.
Walaupun stok ikan yang mendiami kawasan ini terlalu banyaknya, kaedah tangkap dan lepas perlu diamalkan dalam sesi ini.

Jom kita saksikan gambarnya;


Kawasan padang pancing yang bersih dan bebas daripada aktiviti memukat yang berleluasa. Air payau yang menjadi habitat utama ikan ini membesar dan membiak dengan banyak.


Tangkapan pertama penulis yang pertama kali memancing ikan bulan ini. Selepas tunjuk ajar dari saudara Aswadi mengenai tekniknya, ikan ini berjaya didaratkan walaupun kejadian rabut sebanyak tiga kali berlaku.


Teknik Fly Fishing atau pancing layang cukup mujarab menjerat ikan ini yang gemarkan umpan berbulu persis udang padang yang menjadi makanannya. Tangkapan paling banyak diperoleh dengan kaedah ini berbanding set spinning. Bagi penggila flyfishing, memang syok!!


Ikan belukur/ubi berkongsi sama dengan habitat bulan. Siakap, Bandang/Milkfish,udang galah/udang putih juga terdapat dalam habitat ini.


Apiz banyak mendaratkan ikan ini dengan menggunakan spin fly.Penulis memang gemarkan teknik ini.Umpan fly warna merah dan putih cukup berkesan di sini.


Tangkapan pelbagai saiz.Untuk dibuat lauk kerana ingin merasai isi ikan ini. Perhatikan sirip dorsalnya. Cukup cantik apabila melihat ikan ini timbul atau frenzy seperti ikan lumba-lumba bergerak dalam kumpulan.


Teknik Fly Fishing yang digunakan penulis.

Kesimpulan; Satu kelainan memancing ikan ini berbanding toman, Peacock Bass dan Siakap. Ini kerana daya pecutanya cukup kuat selepas terkena mata kail. Sekali terkena mata kail belum tentu anda berjaya mendaratkan ikan ini kerana mereka boleh melucutkan mata kail dengan aksi akrobatiknya.
Cukup seronok memancing ikan ini denga set aksi ringan dengan melihat daya pecutannya walaupun saiznya dalam 600 gram sekitar kawsan padang pancing ini.

Alatan sesuai memancing ikan ini.

Rod; 1-8lb- ke atas seperti Abu Hornet Stinger, Daiwa Crossfire, Fenwick GT 1 ps
Reel; Semua saiz 500 dengan spool cetek
Tali; 2-6lb
Lure; Yo- Zuri, Baby Cima, Abu Tormentor, semua berat 2 gram.

Kaedah;
Apabila melihat ikan ini timbul perhatikan ketulan buih angin yang dihasilkan selepas itu. Anda cepat-cepat buat balingan ke atas buih itu. Ini menunjukkan ke mana arahnya selepas dia pergi.
Lakukan balingan di kawasan bawah pokok atau reba habitat ikan ini bermain ketika waktu tengahari . Bulan menjadi pasif dan tidak 'frenzy' kerana cuaca panas yang mengehadkan aktivti mereka ini. Bulan tidak aktif pada waktu petang.
Selepas terkena mata kail, cepat-cepat karau tali supaya tegang.Jangan biarkan kendur kerana selepas aksi akrobatiknyua matakail akan mudah lucut.

AMALKAN KAEDAH TANGKAP DAN LEPAS DEMI KESINAMBUNGAN GENERASI PADA MASA DEPAN.

Tuesday, October 12, 2010

Keputusan Pusingan Akhir GP Joran 2010



KATEGORI LAUT

1. Abdul Subar Ali -Joh (Tenggiri 11.26kg) RM20,000
2. Mohd Nazari Daud -Ter (Kerapu 9.68kg) RM10,00
3. Ruzaidi Ramli -Perak (Aruan Tasik 24.72kg)RM4,000
4. Zahari Mohamed Ali -Pah (7.82kg) RM1,000
5. Faisal Abdul Muin -Pah (Aruan Tasik 22.86kg)
6. Ahmad Ghazali Azmi -Sel (Merah 7.3kg)
7. Mohd tahuddin Abd Ghani -Ter (Jemuduk 7.08kg)
8. Alias Maulot -Joh (Jenahak 7.08kg)
9. Aidil Norazali Azrai -Pah (Aruan Tasik 20.16kg)
10. Abd Razak Hamzah -Pah (Merah 6.6kg)
11. Mohd Anuar Muda -Ter (Tenggiri 6.54kg)
12. Rusdi Awang@Mohd Daham -Ter (Tenggiri 6.48kg)
13. Mohammad Zaffry Alias -Joh (Jenahak 6.12kg)
14. Samsulhisham Samsuddin -Joh (Tenggiri 6.08kg)
15. Suhairi Nispar -Sel (Tenggiri 5.7kg)
16. Abdul Malek Mohd -Sel (Tenggiri 5.68kg)
17. Mohd Sharuddin Ali -Joh (Tenggiri 5.62kg)
18. Roslan Sudirman -Sel (5.52kg)
19. Mohd abd Nasir Rosman -Sel (Tenggiri 5.52kg)
20. Zuraimi Mahad -Negeri (Ebek/Cermin 5.18kg)
21. Sahrizan samsuddin -Joh (Tenggiri 5.12kg)
22. Abd Razak Abd Kudus -Per (Tenggiri 5.02kg)
23. Mohd Hasrul Mohd Ibrahim -Pah (Merah 4.8kg)
24. Mohd Azamuddin Mohd Sirat -Sel (Tenggiri 4.7kg)
25. Ismail Bidin -Ter (Tenggiri 4.56kg)
26. Mohd Hanafi Mohd Sidik -Sel (Tenggiri 4.54kg)
27. Rokman Md Yussof -Sin (Tenggiri 4.52kg)
28. azhar Badri -Joh (Tenggiri 4.38kg)
29. Khairur Razikin Othman -Per (Tenggiri 4.2kg)
30. Alias Rani -Ter (Tenggiri 4.18kg)
31. Ahmad Sharif -Sel (Aruan Tasik 12.1kg)
32. Amran Sharif -Sel (Jenahak 3.9kg)
33. Mohamed Sidek wok -Pah (Kerapu 3.8kg)
34. Nazri Mohamed -Pah (Tenggiri 3.78kg)
35. Mohd Adha Md Tahid -Joh (Mayong 10.94kg)
36. Ibrahim Ayob -Sel (Kerapu 3.6kg)
37. Mohd Ismady Mohammad Shahid -Sel (Aruan Tasik 10.68kg)
38. Azmi Sapran -Sel (Tenggiri 3.54kg)
39. Mohd Nizam Abdul Wahab -Sel (Kerapu 3.52kg)
40. Zulkaflli Saaidin -Sel (Ebek/Cermin 3.5kg)


KATEGORI PANTAI

1. Mohammad Sharif Ismail- Ter (Pari 19.75kg)
2. Wan Mohd Arif Wan Ahmad- Pah( Pari 6.01kg)
3. Zukma Yahya -Ter (Ebek/Cermin 1.79kg)
4. Anuar Alias _Ter (Ebek/Cermin 1.405kg)
5. Mohd Fadzil Jusoh -Ter (Ebek/Cermin 1.37kg)
6. MOhd Ramli Abu Hassan -Pah (Ebek/Cermin 1.315kg)
7. Rozlan Hasan -Ter (Ebek/Cermin 1.15kg)
8. Airil Nor Azam Abu Bakar -Ebek/Cermin 1.12kg)
9. Mohd Ihsan Mohd Saidi -Ter (Ebek/Cermin 1.095kg)
10. Mohd Fairuz Mazelan -Pah (Ebek/Cermin 1.095kg)
11. Sukri Daud -Ter (Ebek/Cermin 1.045kg)
12. Che Wan Zakaria Wan Long -Pah (Ebek/Cermin 0.97kg)
13. Zulkifli Mohamed Nor -Pah Pari 2.85kg)
14. Adam Nur Hafiz Mohammad -Ter (Ebek/Cermin 0.945kg)
15. Manu Yusoh- KL (Ebek/cermin 0.825kg)
16. Khazani Abdul Kadir -Pah (Gerong 0.805kg)
17. Rosli Othman -Ter (Ebek/Cermin 0.73kg)
18. Hassan Adeli Daud -Ter (Ebek/Cermin 0.7kg)
19. Che Wan Affizan Che Wan Mokhtar -Ter (Gerong 0.68kg)
20. Tuan Fairul Tuan Hamzah -Kel (Todak 0.915kg)
21. Idris Yusoff -Sel (Todak 0.915kg)
22. Mohd Shahrulnizam Abdullah -Ter (Kacang 0.745kg)
23. Tuan Amran Tuan Seman -Ter (Jemuduk 0.22kg)
24. Hamdan Awang -Ter (Todak 0.615kg)
25. Mohd Roffi Muda - Ter ( Kerapu 0.125kg)
26. Mohd Riduan Yusof- Ter (Todak 0.35kg)
27. Roseli Mohd Noor -Ter (Todak 0.33kg)
28. Zamri Abdul Rahman -Ter (Baji 0.32kg)
29. Nor Azman Mohd Zain -Pah (Todak 0.295kg)
30. Zaharuddin Mustafa -Pah (Todak 0.265kg)
31. Adi Fadzry Kalaudin -Ter (Todak 0.23kg)
32. Johari Tahir -Pah (Todak 0.23kg)
33. Sujono Jasman -Pah (Todak 0.23kg)
34. Imrashyro Abdul Rashid -Ter (Todak 0.225kg)
35. Halimi Ibrahim -Pah (Kerapu 0.075kg)
36. Azmi Mohammad -Ter (Todak0.22kg)
37. Ahmad Saufi Otman -Pah (Sebelah 0.215kg)
38. Aizul Nor Farid Abu Bakar -Pah (Todak 0.215kg)
39. Aziz Yahya -Pah (Baji 0.205kg)
40. Mohd Yusri Husni -Pah (Todak 0.2kg)

GRAND SLAM
LAUT

1.Halim Mustafa PERODUA ALZA
2.Alias Maulot BOT GETAH COLEMAN
3.Abdul Subar Ali BOT GETAH COLEMAN

PANTAI
1. Wan Mohd Arif Wan Ahmad PERODUA ALZA
2. Mohd Rosdi Abdullah BOT GETAH COLEMAN
3. Roslan Hamzah BOT GETAH COLEMAN

HADIAH

LAUT
1. Abdul Subar Ali RM20,000
2. Mohd Nazari Daud RM10,00
3. Ruzaidi Ramli RM4,000
4. Zahari Mohamed Ali RM1,000

PANTAI

1. Mohammad Sharif Ismail RM20,000
2. Wan Mohd Arif Wan Ahmad RM10,00
3. Zukma Yahya RM4,000
4. Anuar Alias RM800

Jumpa lagi siri Kategori Pantai sempena Monsoon Cup do Kuala Terengganu 4 Disember 2010.