Taktik Pancing Fly dan Spin Fly
KUNJUNGAN penulis bersama rakan MAJALAH KEMBARA KAIL baru-baru ini di Rasa, Rawang membuahkan hampir 4 ekor PB yang bersaiz sebesar tapak tangan dewasa berjaya dipancing kami berempat. Kunjungan ini untuk membuat artikel berkenaan kebanjiran PB sekitar lombong dan tasik sekitar Lembah Klang.
Lombong sebesar padang bola sepak Shah Alam, Selangor itu turut memuatkan pelbagai jenis ikan seperti toman, tilapia, PB, guppy longkang, haruan dan jelawat yang lazimnya membiak sendiri atau sengaja dibuang ke dalam lombong itu.
Teknik digunakan penulis iaitu Pancing Layang (Fly Fishing), Spin Fly yang cukup mujarab menjerat spesies penjajah dari sungai Amazon ini.
Waktu: 7-10 pagi
Ahli: Penulis, Shintoi (Ahzan), Liya dan suaminya.
Tangkapan: 4 ekor Pecock Bass
Jenis Rod : Fly Fishing Ross Worldwide wt5/ reel Redington Surge/ tali terapung/
rod lama (vintage) fiberglass wt3/ reel White Water/ tali jenis
tenggelam
Umpan: : Clouser warna oren dan merah jambu (warna anak toman)
Cara ke sana: Exit Tol Rawang/Bukit Beruntung > Rasa menuju kolam sebelah kanan
(sebelum Taman Rasa)
Jom saksikan gambarnya:
Suasana lombong, Rasa airnya jernih walaupun selepas hujan. PB aktif seawal jam 6.30 pagi sehingga 9 pagi.
Aksi 'boiling' berlaku pada waktu pagi.
Aksi bermula ketika PB sedang Frenzy dan ketika itu fly yang dilayangkan tepat pada kumpulan PB pasti disambut mangsa.
PB dekat kolam Rasa, Rawang tidaklah sebsar PM Sungai Amazon. Tetapi cara membaham umpan cukup kasar. Apabila seekor terkena joran, pasangan mereka akan turut sama mengejar pasanganya hingga tebing air.
Pandangan dekat spesies PB. Warnanya terang menujukkan habitatnya sihat tanpa mengalami kekurangan makanan.
PB dilepaskan kembali untuk kelangsungan hidup. Walaupun namanya ikan penjajah kita perlu hormat binatang yang mempunyai hak untuk hidup. Jangan membuang atas tanah atau simpan saja untuk dijadikan lauk.
1 comment:
wah terronya memancing :) dah pernah menang pg joran ke ?
ps: benjy cadangkan saudara menggunakan komen blog intense debate kerana ia lebih meriah dan boleh replay komen segera, sila lihat blog saya, saya pun guna blogspot juga.
ps: benjy mohon sokongan anda dalam kempen menderma anak2 yatim. Anda tidak perlu menderma wang ringgit hanya sokongan di http://www.benjystanis.co.cc/2011/11/kempen-marilah-menderma-selama-15-hari.html terima kasih, jumpa anda disana. :)
Post a Comment