Tuesday, June 1, 2010

Peacock Bass@Tasik Prima Puchong

PEACOCK BASS TERSUNGKUR DENGAN SOFT PLASTIK DAN GEWANG


Lesen pertma penulis yang baru terbabit dengan kegiatan gewang ini..

Puchong:Baru-baru ini penulis berkesempatan berkunjung ke Tasik Prima selepas diajak rakan yang baru dikenali di kedai pancing jalan Pudu iaitu Asyraff untuk menduga ikan Peacock Bass yang banyak terdapat dalam bekas lombong pasir itu.
Kunjungan kami bertiga iaitu seorang rakan lagi, Atib seawal jam 6.30 pagi berkumpul di sana berpasangkan set joran jenis kekili berprofil rendah (Abu Revo Skeet Reese + Abu Hornet Stringer, CB Elite GP + Berkley Cherywood dan Sivermax + Berkley Cherywood).
Umpan pula terdiri daripada gewang berkelas sederhana iaitu pencil storm flutter stick mad flash, cultiva, lurh jensen woodchopper, berkley soft plastik (putih) dan Rapala (jenis tak ingat)
Lokasi kami di tepi tebing (land base)sepanjang tasik terbabit.
Jom layan gambarnya...


Hasil tangkapan penulis dengan Berkley soft plastik putih


Daya junanam ikan ini cukup mengasyikkan dengan menggunakan joran aksi ringan


Lokasi airnya tenang dan aktiviti gewang pensil sesuai digunakan dengan aksi 'walk like dog'.


Post lesen pertama yang berskala 36cm


Asyraff dengan spesis sama.


Atib dengan toman hampir 1 kilo gewang minnow.

1 comment:

Anonymous said...

bro ni tasik prima area mane ek..