Monday, May 17, 2010

GP JORAN 2010 SEDIL,I JOHOR KEMBALI!!

Tarikh muktamad 12 dan 13 Jun depan. Bot terhad 70 sahaja.



KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai keseluruhan RM82,000 bakal menanti peserta Karnival Memancing GP Joran 2010 Pusingan Ketiga di Sedili ,Kota Tinggi, Johor yang dianjurkan akhbar Berita Harian pada 12 dan 13 Jun depan.

Hadiah ini adalah yang tertinggi dan sama jumlahnya seperti penganjuran karnival sebelum ini yang diadakan di Kuala Pahang pada April lalu.

Dalam pertandingan ini, Juara Kategori Laut dan Pantai masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM20,000; tempat kedua 10,000 dan ketiga RM4,000 dengan hadiah iringan masing-masing tajaan penaja.

Bagi Kategori Laut, penganjur menawarkan hadiah RM1,000 di tempat keempat; kelima 500; keenam hingga ke-15, RM300; ke 16 hingga ke 30, RM200 dan ke 31 hingga ke 40, hamper dari penaja.

Sementara kategori keempat Kategori Pantai ialah RM800; kelima RM400; keenam hingga 15, RM200; ke 16 hingga 30, RM100 dan ke 31 hingga 40, juga berupa hamper.
Hadiah khas juara kategori ikan pari terberat (Kategori Laut) RM1,000; kedua RM500 dan ketiga RM300. Yuran Kategori Laut RM200 dan Pantai RM100.

Pada pertandingan kali ini juga penganjur mengehadkan sebanyak 70 bot saja bagi Kategori Laut yang dipertandingkan. Pengehad bot ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Justeru, peserta bagi kategori ini digalakkan membuat pendaftaran awal dengan mengisi borang rasmi yang akan dikeluarkan akhbar ini.

Borang terbabit yang dimuatkan akhbar ini akan bermula hari ini, 31 Mei, 4,6,7,11 dan 12 Jun, manakala Harian Metro pada 1 hingga 7 Jun. Tarikh tutup pendaftaran Kategori Laut pada 7 Jun dan Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

Sementara itu, penganjur mengingatkan peserta bagi dua kategori terbabit yang mendaftar menggunakan khidmat pos dimestikan borang pendaftaran mereka sampai sebelum tarikh tutup penyertaan. Sekiranya kelewatan berlaku, wang terbabit akan dipulangkan.

Bagi pembayaran secara online, peserta boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank yang tertera bernombor 514105612981 atas nama Joran Berita Harian. Slip bank terbabit kemudiannya perlu dihantar ke Unit Joran melalui talian fax 03-22823552.

Karnival Memancing GP Joran 2010 Pusingan Ketiga di Sedili ,Kota Tinggi, Johor anjuran Berita Harian turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Tourism Johor
turut menawarkan sebanyak 1,500 kemeja T kepada peserta yang mendaftar awal.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi Umbai di talian 013-331066 atau unit joran 03-22822323 sambungan 4241 dan 4240.

tamat

No comments: