Tuesday, February 2, 2010
Sotong Gergasi Menyerang Pantai Califonia
Pemancing 'menggila' melayan sotong sesat di perairan Califonia
CALIFONIA: Beribu-ribu sotong raksasa kembali membanjiri Pantai Califonia selepas dikatakan tersesat dari habitat asalnya, perairan Utara Alaska kerana ancaman iklim El-Nino yang berlaku baru-baru ini.
Fenomena pelik itu menyebabkan pemancing tempatan berpusu-pusu memancing sotong berkenaan yang dianggarkan beratnya 20-30 paun dan panjangnya sehingga 7 kaki panjang.
Nama tempatan sotong itu, Humboldt, Jumbo Squid, Jumbo Flying Squid, atau Diablo Ro yang asalnya mendiami kawasan berair panas/suam dan laut dalam itu dipercayai cuba berpindah ke habitat lain ekoran keadaan iklim yang berlaku di habitat asalnya.
Untuk rekod, sotong ini mencapai berat sehingga 100 paun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment