Tuesday, November 12, 2013

Masalah parking cartopper di rumah

Oleh:Zulhilmi Hat a.k.a Kapt Mie Blues

Sering kali penulis membayangkan untuk memiliki bot aluminium atau cartopper sendiri dimana boleh menjelajah ke segenap lombong sekitar Lembah Klang dan Perak
Memiliki mmg tiada masalah namun untuk menyimpannya di rumah teres atau flat dan sebagainya ada masalah!
Namun masalah begini boleh diatasi hasil pemerhatian daripada rakan yang menyimpan bot mereka di rumah masing masing

Gambar di bawah adalah hasil usaha penulis yang meletakkan bot di rumah teres dua tingkat

Bahan bahan

*Besi "L" 10' kaki yang dipotong 2 (2 pasang )sambung bahagian "L" dan kemudian tebuk tiga lubang untuk sepasang kaki
*6 skru untuk ditebuk bahagian dinding luar
Penulis menempah di kedai welding hanya kos RM50 untuk besi dan upah menyambung. 

Dua pasang Kaki  "L". Anda boleh menambah sehingga 3 kaki "L" mengikut panjang bot anda
Anda boleh letakkan penahan di hujung kaki "L" untuk mengelakkan bot tergelunsur

Siap. Pandangan sisi   
Pandangan depan. Penahan kaki "L" boleh menampung sehingga 50kg

Alternatif lain. Namun kos untuk ini mumgkin  tinggi

Thursday, November 7, 2013

Kerandang Diraja BELUM

Oleh: Zulhilmi Hat a.k.a Kapt Mie Blues

SEBUT saja kerandang atau toman bunga pasti kaki casting mengidamkan spesies terbabit yang sukar dipancing meskipun lain dicari spesies ini secara kebetulan menyergap gewang anda. 
Memperoleh ikan ini boleh dianggap trofi meskipun ada kalanya ia mudah didapati disetengah kawasan atau lubuk atau sukar dicari tempat kerandang ini membiak di sekitar perairan air tawar di negara kita. 
Namun trip yang disertai penulis bersama guru besar Nahar Desa atau Pokcik dan Wartawan Meja Ekonomi Kosmo Junhairi Alysa berjaya menemui kawasan kerandang bersembunyi
*Terima kasih kepada Farang Ba Creation yang menaja Extreme Jump Frog, Extreme Slash Bait dan Buzzbait kepada penulis

Barisan Extreme Rattle Frog yang baru memasuki pasaran Malaysia. Produk dari Thailand
Trip dua hari membuahkan hasil apabila Pokcik menggunakan Extreme Jumpfrog (EJF 5.5) di celah kayu timbul tebing tasik berjaya menarik perhatian kerandang 
Penulis seterusnya dalam perjalanan pulang ke lokasi kami bermalam di Sg Tiang yang membaling di tebing sungai tidak menyangka kerandang hampir 2kg membaham EJF. Cantik sunguh kerandang ini dan penulis menganggap trofi sepanjang hayat. 
Kenangan di sekolah Sg Tiang yang memberikan pengalaman berbeza setiap kali memacing di seluruh negara. Kanak orang asli menuntut ilmu di sekolah ini
EJF menyajikan aksi terbaik tanpa menghenjut joran anda. Stabil di atas permukaan air
Toman cukup berminat dengan EJF milik Junhairi
Toman bujang yang berjaya diperdaya di Sg Tiang
Sebarau milik Pokcik dengan Storm Thundercrank warna emas
Semua tangkapan kami dilepaskan ke habitat asal. Jabatan perhutanan negeri Perak melarang keras pemancing membawa pulang tangkapan dari hutan BELUM. Kelestarian spesies dapat dipelihara

KESIMPULAN

Memancing di hutan  BELUM memerlukan sedikit ketekunan bilamana toman adakalanya culas membaham gewang meskipun ada yang membawa kumpulan anak. 
Gunakan gewang bersaiz 9cm ke atas dengan warna cerah. Aksi topwater. Minnow. Sinking 
Gunakan kaedah senyap apabila menghampiri lubuk berpotensi. Ikan cepat culas dan enggan membaham gewang apabila memdengar enjin bot menuju kediaman mereka 

Tamat

Wednesday, November 6, 2013

GT Langkawi mesra gewang

Oleh :Zulhilmi Hat a.k.a Kapt Mie Blues

SEBUT saja Pulau Langkawi pasti kaum wanita membayangkan perihal membeli belah manakala kaki pancing membayangkan GT. GT atau gerepoh yang mudah dipancing menggunakan gewang di sekitar pulau bebas cukai itu

Baru ini penulis berkesempatan berkunjung ke pulau itu untuk memancing GT bersama rakan iaitu Zubir atau Beq yang dikenali sbg tekong casting di sana
Trip kami berlangsung cuma 2 jam setengah iaitu sekitar jam 5-7.30 ptg susulan masa dicuri penulis sebagai urusetia Langkawi International Fishing Tournament (LIFT) 2013 yg berlangsung pada 25-27 Oktober lalu

Jom saksikan gambarnya:
Zubir dan Yap Kabilah serta penulis menaiki bot fiber enjin 15hp-perjalanan dari jeti berhampiran Awana Porto Malai
Zubir mendahului kami sebagai pemancing pertama menaikkan tangkapan
Zubir dengan GT sekitar 800gram menggunakan duel rattlin warna clear

Selepas itu penulis dengan tangkapan GT 600gram menggunakan gewang ofmer warna putih

Giliran Yap beraksi bersama Shimano Antares DC 7-LV yang dipinjamkan daripada Halimi Hanip
Hasil 1kg menggunakan gewang maria popper warna 'Ultraman'
GT yang menjadi hidangan kami sejurus selesai memancing -GT masak tiga rasa
GT masak tumis/singgang

KESIMPULAN
GT Langkawi mudah dipancing menggunakan gewang berwarna putih dan jernih/clear. Aplikasikan semua jenis gewang popper/minnow dan deep berhampiran batu dan karau selaju mungkin untuk memperdayakan GT

Gunakan set casting/spinning joran 10-20 lb ke atas atau reel mendatar bersaiz 3000-4000 untuk perlawanan padu

Berminat hubungi Zubir 019 5059258

Tuesday, May 21, 2013

Jig Ringan Semudah A,B,C

Jigging ringan kian popular di Malaysia
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
BAGI pemancing yang merasai kudrat sebenar ikan boleh mencuba kaedah jigging ringan atau light jigging yang popular di Jepun dan kini berkembang pesat di kalangan pemancing negara ini.
Tangkapan menakjubkan jika menggunakan kaedah ringan
Ikan sasaran untuk kaedah ini iaitu gerepoh (GT), jemuduk, kerapu, sagai, ebek dan cencaru kuda yang mudah didapati di perairan Kuantan (Pahang), Kelantan dan Pulau Sembilan (Perak). Kaedah yang memerlukan umpan besi disemat kata kail sebagai taruhan, jigging ringan memberikan keseronokan tersendiri ketika umpan diunjun kemudian disentap ikan yang akhirnya aksi pertarungan berlaku.
Ebek paling suka besi jig bersaiz mikro. Lagi menarik memnambahkan Flash atau plastik berwarna warni pada mata kail
Namun begitu, nampak seperti mudah tetapi daya stamina pemancing perlu utuh jika mahu berkecimpung dengan kaedah ini di mana teknik mengunjun besi pada kedalaman laut 20-40 meter mampu membuatkan pemancing cepat letih.
Jemuduk yang berjaya dipujuk dengan besi jig.
Pemancing dari Kelantan, Hanif Bachik, selaku pemancing yang gemar dengan kaedah jigging ringan mengakui beliau begitu obses dengan kaedah ini sehinggakan sanggup mengumpul set memancing ringan dan besi jig semata-mata memburu ikan ebek, sagai dan tenggiri di perairan Kelantan. Beliau yang dihubungi wartawan Joran memberikan beberapa tip-tip menarik untuk dikongsikan bersama pembaca sisipan akhbar ini dan berikut adalah cadangan Hanif mengenai penyediaan set jigging ringan.
1.Kekili
Penyediaan kekili sama ada menegak dan mendatar jenis bebola besi tahan karat boleh digunakan tetapi mestilah bersaiz 2000-3000 atau mempunyai gegelung dalam yang boleh memuatkan tali 100-150 meter atau talaan ratio 5;1 -7:1 mengikut kesesuaian stamina anda. Sistem drag perlu mencecah sehingga 4-10 kilogram (kg) dengan berat kekili tidak lebih 500 gram (g).
2. Joran
Cadangan joran jenis karbon untuk kaedah jigging ringan kerana keupayaannya menahan kekangan ikan disamping memberikan ‘kuasa tambahan’ ketika kita mengepam mangsa hingga ke permukaan. Joran berkekuatan PE 0.2-1.3, 0.5-1.3 sudah memadai untuk aksi kelas ringan ini. Panjang joran sekitar 5’4, 5’8 dan 6’0 disifatkan terbaik tatkala melihat aksi parabolik diasak mangsa. Joran panjang akan melambatkan ikan untuk tarik ke atas sekali gus menjadikan kita mudah penat.
3. Tali
Tali sulam berkekuatan 10-15 paun (lb) (5-7 kg) memadai untuk kelas jigging ringan di laut cetek. Perambut pula jenis halimunan atau florokarbon 30 lb yang kalis calar. Pastikan perambut ditukar dua atau tiga ekor selepas ikan dinaikkan
4. Besi jig dan mata kail, swiwel
Gunakan jig besi kecil berskala 7-30 g mengikut kesesuaian arus air laut. Warna jig pula pilih warna semula jadi seperti warna perak, biru, merah untuk memperdayakan pemangsa yang menyangkakan itu mangsa mereka. Mata kail terdiri dari jenis tahan karat dengan saiz 7/0, 11/10 (saiz bukaan mata kail lebih besar daripada badan jig) . Swiwel atau snap perlu jenis tahan karat dan mampu menahan beban hingga 5-8 kg.
Tip mudah
1. Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi pembuatan rod karbon dan kekili berkuasa tinggi
2. Peka kawasan untuk aktiviti jigging
3. Pastikan joran diangkat 45 darjah ketika aktiviti bertarung dan hujung joran diletakkan secara vertikal
4. Pastikan anda tahu kekuatan sistem drag kekili dan joran sebelum membeli.
5. Padankan kesesuaian joran dan kekili anda untuk menjadikan set jigging ringan yang terbaik
6. Padankan besi jig dengan kawasan lubuk pancingan anda.

Wednesday, November 21, 2012

Tenggiri Unjam Tuas, Yan Kedah Malaysia

DAERAH Yan, Kedah cukup sinonim dengan lubuk memancing tenggiri yang dikatakan semakin dikenali pemancing disekitar negeri utara hingga ke selatan. Keunikan terdapat pada sejenis unjam diperbuat daripada batang buluh dan pelepah kelapa atau dikenali sebagai unjam oleh penduduk daerah ini menjadi sebab mengapa lokasi ini dikenali sebagai lubuk memancing ikan tenggiri. Raya Haji ke dua baru-baru ini, penulis berkesempatan memancing di lokasi terbabit dan hasilnya sebanyak 6 ekor tenggiri berjaya dipancing menggunakan kaedah menganyut ikan kembong mati, mengilat dan mengunjun besi jig Jom saksikan gambarnya:
SEBELUM tiba ke Tuas yang memakan masa hampir 40 minit dari Jeti Sungai Dulang, Yan, kami sempat mengangkat bubu yang ditahan oleh tekong Atan untuk mengumpan ikan jenahak atau kerapu.
TANGKAPAN pertama oleh Anas yang menggunakan teknik menganyut kembung/ selar mati yang dilepaskan kira-kira 50 meter.
SELAIN ikan tenggiri, ikan pecah periuk, GT, pisang, kerapu dan belitung turut terdapat dalam unjam yang dibina dengan batang buluh dan pelepah kelapa ini.
Perlawanan mengasyikkan oleh Paan dengan selepas menghanyutkan ikan mati dan kemudian disambar sang tenggiri pelahap!
Hasilnya ikan tenggiri berskala 3 kg berjaya dinaikkan.
Aksi penulis dengan sang tenggiri.Set digunakan Venom Hybrid PE-1-2 dan kekili Ryobi Kriger 4000
Nah!! hasilnya berskala 4kilogram selepas umpan dihayutkan di larikan pemangsa.
PENULIS bergambar dengan sejenis spesies belitung atau ikan golok yang banyak satu ketika dulu di unjam tuas.
IKAN pisang atau Rainbow Runner yang berjaya dipancing. Ikan layaran juga terdapat di unjam ini jika kena pada keadaan air dan cuaca Tip/info memancing di Tuas 1.Sewa bot sekitar RM500-600 sehari 2.Bot boleh dinaiki 5-6 orang 3.Gunakan umpan mati/ hidup dengan kaedah menilat atau menganyut 4.Perambut khas mata tiga selari dengan dawai berkekuatan 20 paun digunakan 5.Gunakan tali mono bersaiz 20-30lb berwarna seakan biru laut atau putih dan elakkan menggunakan tali sulam kerana tenggiri semakin culas 6.Set digunakan memadai joran PE 1-2 atau 10-20 paun dan saiz kekili mendatar 2000-4000 7.Kaedah mengilat gewang turut berkesan dengan jenis selaman dalam bersaiz 7-10cm 8.Kaedah menunda Rapala Magnum, Halco Socerer 5 meter dan mengunjun jig 10-20lb juga berkesan.

Wednesday, September 12, 2012

Jadual Pertandingan Memancing anjuran Unit Joran-BH 2012

Senarai Jadual Pertandingan Memancing Anjuran BH 2012 Tarikh/Event A.6/7 Oktober GP Joran Pusingan Akhir 2012 tanjung Leman Mersing, Johor B.20/21 Oktober Pertandingan Memancing Joran Junior di Putrajaya C.4 November Pertandingan Memancing BH-Jabatan Perikanan bersama PR(Perhubungan Awam Media)Sempena MAHA,Sri Kembangan,Selangor D.23 November Pertandingan Memancing BH-Sempena MAHA,Sri Kembangan,Selangor D.8 Disember Pertandingan Memancing Sempena Monsoon Cup 2012,Persisiran Pantai Kuala Terengganu E.22/23 Disember Pertandingan Memancing suluh Sotong BH-LADA, Pantai Chenang Langkawi

Friday, July 13, 2012

Peacock Bass Air Kuning, Kampar Perak ,Malaysia

PB masak cili...pernah cuba?.. MUSIM memancing ikan Peacock Bass (PB) sudah tiba di sekitar Perak pada bulan Mac hingga Oktober di mana ikan spesies pendatang ini dikatakan sedang galak memakan umpan yang di baling kepadanya. Pada ketika itu baling saja gewang jenis permukaan, terampai dan teggelam pasti di sambar ikan pelahap yang bersifat kewilayahan itu. Lantas, menerusi perkenalan singkat dalam laman sosial FB iaitu MRR Rizal bersama penulis mengatur trip ke Air Kuning baru-baru ini (Jun 2012) apabila melihat foto dalam laman FBnya penuh dengan spesies ini. Justeru, trip kami bermula apabila rakan MMR Rizal iaitu Moktar dengan kenderaan 4x4 beliau digunakan untuk merealisasikan tangkapan PB di bekas lombong bijih timah itu. Jom saksikan gambarnya:
Suzuki Vitara bertemankan cartopper gentian kaca berkuasakan 'truster' digunakan kami menempuh ladang kelapa sawit sekitar Kampar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit ke lokasi PB.
PB berskala 30 cm yang diperdaya menggunakan JACKSON 7cm warna oren cukup laku di Air Kuning. Apa diperhatikan penulis gewang berwarna natural sekakan anak toman bersaiz sekitar 7-10 cm adalah penjerat terbaik PB di Air Kuning
LAGI PB oleh MRR Rizal menggunakan gewang permukaan STORM CHUGBUG
PENULIS menggunakan SPOON BAKAU turut menerima sambaran ketika sesudu terbabit dibaling ke lumut disambar PB.
Lesen PB bersaiz 40cm yang terbesar dalam trip ini menggunakan STORM FLUTTERSTICK. Ada lagi PB bersaiz 50cm dalam lombong ini.
TUDIA....PB yang berjaya didaratkan penulis ketika aktiviti memancing di tebig kolam. Gewang berwarna hijau menjadi pilihan PM kali ini. Tangkapan berlaku sekitar jam 11 pagi. Tip menancing di Air Kuning. *Kenderaan terbaik ke sini menggunakan 4x4 kerana jalannya berlopak dalam dan tidak rata. *Gunakan set BC/ Spinning beratio sederhana rendah seperti 5:1.1, 6:3.1 *Joran beraksi medium, ultrlight *Semua jenis gewang berskala 7-10 cm. Big lure for Big Fish!! *Pakai seluar/ baju berlengan panjang kerana cuaca lombong ini sangat panas. *Jangan lupa bawa cermin mata polarized dan sonar pengesan ikan *Menaiki bot/ kayak adalah langkah terbaik untuk menjarah lombong dalam masa yang singkat *Toman turut bermastautin dalam lombong ini. tamat