Thursday, October 13, 2011

JORAN di iBH


JORAN edisi iBH-TERBAEKK.



Joran Berita Harian
kini melangkah setapak lagi apabila terbit dalam edisi I-PAD yang dikendalikan unit emedia Berita Harian yang berpusat di Bangsar, Kuala Lumpur.
Kini edisi yang hanya diakses melalui I-PAD memasuki edisi ke 16 yang turut menampilkan pelbagai cerita dan berita menarik serta disertakan video sekali.

Walaupun penulis tiada I-PAD, penulis turut berbangga dengan edisi online ini selaku wartawan yang menyumbangkan artikel dalam majalah online ini
Setiap minggu edisi iBH Joran akan dikemas kini dengan memaparkan pengalaman pemancing dan kisah memancing di perairan air tawar dan air masin.

sila muat turun dalam edisi ipada melaui link ini Saksikan segmen Joran: Sebarau Putrajaya dalam edisi ke-16 iBH - Berita Harian. Muat turun aplikasi majalah digital Berita Harian iBH di http://itunes.apple.com/us/app/berita-harian/id445331518?mt=8&ls=1

Wednesday, October 12, 2011

Peralatan Pemancing Beginner (mula)




Peralatan Pemancing Beginner..

INTRO

KADANG-kadang terdengar saja pemancing ‘otai’ yang mencadangkan kita membeli dulu set yang murah sebagai langkah pertama terjebak dengan FF ini.
Kata mereka beli yang murah dulu dan nanti semakin pandai barulah beri yang elok dan selepas itu yang lagi elok dan lagi dan lagi elok.
Difikir kembali...dah beli banyak-banyak memang membazir dan PENULIS berpendapat baik beli set FF yang elok terus dan yang seperti inilah akan mempercepatkan kita belajar dengan lebih baik- pendapat macam ini PENULIS
Dalam pasaran di Malaysia, set FF sukar didapati di kedai memancing dalam negara ini dan ada pun harga lebih tinggi sedikit (cukai, kos++ dan lain2) berbanding dalam kedai online atau ebay. Kelebihan beli online murah sedikit dan banyak pilihan dan tidak pula susah nak tempuh ‘jemm’ dan bayar tol dan tunggu saja barang sampai di depan pintu rumah anda.
Kelemahannya kira tidak boleh langsung nak pegang dan belek atau belajar ilmu atau tips dengan tauke kedai FF di kedai yang kita kunjungi seperti Nick Oii-Tackle Box- sudi memberi tunjuk ajar percuma kepada pelanggan yang berminat dengan FF ini.
Jadi pilih la mana yang lebih senang dan manfaat kepada ANDA

PERALATAN MURAH ATAU MAHAL

TERDAPAT pelbagai jenis jenama FF seperti joran, tali, kekili yang terdapat dalam pasaran ketika ini dan menawarkan kelebihan produk masing-masing untuk menarik ramai pembeli menggunakan produk mereka.
Contoh Ross Worldwide, Sage, Saintific Angler, Fly Marque, Pfluger, Orvis, G Loomis, TICA, Redington dan DLL antara syarikat FF terpengaruh dan digunakan produk mereka oleh pemancing amatur hingga profesional.
link web produk:


1.http://www.rossreels.com
2.http://www.orvis.com/
3.http://www.ticaamerica.com/
4.http://www.scientificanglers.com/
5.http://fish.shimano.com/
6.http://www.redington.com/

Namun kita yang baru nak mula apa yang perlu kita ada?

1. DUIT?
2. MINAT?
3.PERASAAN SABAR?
4.ENJOY?
5.........?

Seperti yang tertulis di atas adalah sangat penting dalam memanjangkan PELAYANG baru untuk terus berkecimpung dalam FF ini. Sekiranya FF sudah sebati dengan JIWA pelayang. Apa yang kita belajar untuk mencapai tahap membanggakan pasti TERLAKSANA.

SET FF
Set FF paling penting untuk beginner adalah dalam bentuk kombo atau bahasa paling mudah semua ada.Apa yang anda perlu cuma RM. Set kombo ini direka tidak terlalu lembut atau keras untuk PELAYANG baru seperti PENULIS dan ANDA.
Cadangan paling sesuai untuk BEGINNER weight- wt5, #5
Antara contoh set KOMBO di pasaran

BERSAMBUNG







Wednesday, October 5, 2011

Pancing Layang (Pengenalan)



PENGENALAN (EPISOD 1)

PANCING layang cukup seronok sekiranya kita mengetahui seni pancingannya yang lemah gemalai lagi lentok apabila mengena ikan sasaran.
Dengan daya memori yang rendah ataupun Ultra Light batang jorannya sehingga 9 kaki. pancing layang adalah sukan paling fleksible untuk dikongsi semua peminat kakipancing seluruh dunia mahupun negara ini.

Minat

Tidak salah mempelajari semua kaedah, minat dan mahu belajar adalah kunci kepada kejayaan sesuatu bidang yang kita ceburi.
Tapi nampak macam senang sebenarnya kaedah pancing layang agak sukar dilayangkan jika tidak kena pada tempatnya atau pemancing layang berpengalaman mengajar kita.

Kos

Segi Kos!!.pancing layang turut di dikelaskan sebagai mahal (untuk gaji macam aku). Kos lengkap untuk pemancing beginner mencecah RM300-RM900 terpulang kepada kemampuan diri masing-masing. Manakala expert mencecah RM1,000 hingga RM5,000. Mahal kan!
Tapi jangan risau.Set Fly Fishing (FF) Made In China belambak di pasaran dan tetapi kawasan Lembah Klang hanya terdapat di Tackle Box, Subang Jaya

Bersambung pada episod akan datang Peralatan Pemancing Beginner

Tuesday, September 20, 2011

Pancing Layang di Bedong

Raya Keempat 2011 baru-baru ini penulis semepat menjengah kolam memancing berbayar di Bedong milik Ah Thye untuk menduga pelbagai ikan sukan yang banyak terdapat dalam kolam terbabit.
Kali ini, penulis mencuba cara berbeza iaitu mengunakan kaedah pancing layang atau Fly Fishing (FF) yang semakin digilai kaki pancing tempatan seperti saya.
Saya menggunakan joran Rossworldwide wt5 yang dipadankan dengan kekili dari Redington Surge.
Baru dua bulan terjerumus dalam FF ini dan caranya memanng berbeza dari kaedah mengilat menggunakan gewang.
Jom saksikan gambarnya:


Fly dari jenis pallet digunakan yang ditiru seperti pallet asal yang digunakan penjaga kolam untuk memberi makan kepada ikan ternakan.


Jalan menuju ke Kolam Ah Thye


DDah masuk Kolam terus pergi ke 'Wall Of Fame'


Tangkapan GT pertama saya dengan FF.Caranya rasuah pellet dan tunggu GT sambar


Ikan mesti dilepaskan kembali dalam kolam.GT, ladyfish tidak dijual dan siakap, jenahak boleh ditimbang untuk dijual.


Tangkapan seterusnya.


Kaedah bottom untuk siakap. Umpan puyu atau udang hidup



Siakap 3 kilogram


Siakap Kolam..larian mcm keretapi



Ladyfish dengan umpan udang kopek


Jenahak

Wednesday, August 17, 2011

Casting Boat Series @Malim Nawar Perak


Himpunan Kaki Casting tegar Peacock Bass Lembah Klang.

SEBELUM puasa lalu, penulis berkesempatan menghadiri pertandingan memancing Casting Boat Series di Malim Nawar Perak.
Acara anjuran Memerang Gopeng Sportfishing iaitu kelolaan Abg Mee Gopeng dengan kerjasama Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) yang dihadiri kira-kira 50 peserta dari Lembah Klang.
Pertandingan berkonsepkan tangkapan saiz bakal menjadi pemenang dan peserta perlu membawa boat sendiri (berpasangan 2 orang) menggunakan enjin untuk memburu PB di lombong sebesar 5 padang bola sepak itu.
Tiada hadiah lumayan dan keseronokan menjadi taruhan dikalangan kaki kasting semua.
Jom saksikan gambar rentetan pertandingan ini:


Peserta tiba seawal jam 2 pagi sebelum hari pertandingan. Sesi lepak sampai pagi dengan kaki kasting.


Peserta mendengar taklimat urusetia mengenai syarat pertandingan dari Pak Barau sebelum memulakan acara jam 8 pagi hingga 6 petang


Tangkapan pertama bekas Champion CBS 2010, Haruan.


Tangkapan seterusnya PB berskala 49 sentimeter (cm) dengan menggunakan Altima spoon warna biru


Tangkapan dari saudara Ali dari Putrajaya dengan Altima spoon warna emas. Tangkapan skala 52cm bakal dinobatkan IGFA sebagai tangkapan PB terbesar di Asia. Borang permohonan sudah dihantar ke pejabat IGFA, Amerika untuk permohonan itu.



Saiz PB yang didaratkan semua skala 40cm ke atas.Tiada PB remaja berjaya dipancing kami kecuali tilapia belang yang banyak dipancing.



Suasana peserta yanng memancing menggunakan bot



Acara tamat jam 6 petang walaupun hujan sedikit menggangu kelancaran pertandingan. Tangkapan dikira marsyal berdasarkan panjang PB


Juara Individu milik Ali Putrajaya dengan tangkapan PB 52cm.


Juara Kumpulan milik Ali dan Fauzi


Penulis (kiri) dan Akmal (tengah) berada di tempat ketiga untuk kategori kumpulan


gambar kenangan dengan PB yang berjaya dipancing. Gewang spoon jenis Altima saja yang dilayan PB pada hari itu.


Gambar kenangan peserta Casting Boat Series 2011

tamat

Monday, July 18, 2011

Dr Zeb Hogan-Pejuang Ikan Mega

Susunan/ terjemahan Zulhilmi Hat
PEJUANG ikan bersaiz gergasi, Dr Zeb Hogan, 36, adalah individu ternama yang bukan asing di kalangan kaki pancing yang gemar melihat beliau beraksi di kaca televisyen melalui program Hooked dan Monster Fish di saluran National Geographic yang bersiaran setiap minggu.

Pakar hidupan akuatik dan ekologi yang memperoleh PhD dari University California itu dikatakan sudah menjelajah hampir semua perairan di dunia termasuk Thailand dan Kemboja demi merealisasikan hasil kajian beliau iaitu memulihara ikan gergasi air tawar.

Saintis berasal dari Tempe, Arizona itu juga sudah menjejaki beratus- ratus ikan air tawar di Asia Tenggara dan Amazon, Brazil untuk mengisi kajiannya mengenai kelangsungan hidupan spesies ikan gergasi.

Antara spesies ikan yang menjadi hasil kajian Dr Hogan seperti keli Mekong, pari gergasi air tawar, trout, keli wel, salmon dan arapaima gigas atau pirarucu yang kini di ambang kepupusan hasil tangkapan melampau.

Dr Hogan yang juga Ketua Projek Ikan Gergasi National Geographic (Megafishes Project) berkata, keghairahan beliau memulihara ikan gergasi bukan terletak kepada kerja sematamata, malah cinta beliau terhadap hidupan ikan air tawar membawa dirinya semakin berani untuk berjuang memulihara ikan ini.

Kunjungan beliau ke Kemboja sebelum ini berjaya menyelamatkan keli Mekong gergasi yang ditangkap nelayan tempatan. Beliau membeli semua ikan ini dan kemudian melepaskan semula pada habitat asal.

"Pemahaman dan pembelajaran mengenai habitat ikan juga sangat penting. Dengan cara ini kita dapat mengenal pasti hidupan ikan diancam kepupusan yang teruk," katanya.

Beliau dan rakan saintisnya turut memberi sumbangan dengan menghasilkan buku berkaitan nama spesies ikan untuk kanak-kanak Kemboja dan hasilnya cukup menakjubkan apabila mereka dapat mengenal pasti ikan yang mendiami perairan sungai Kemboja.

Selaras dengan itu, Dr Hogan menumpukan beberapa projek kajian beliau mengenai pemuliharaan ikan air tawar gergasi di Kemboja seperti Status dan Migrasi Keli Gergasi Mekong di Sungai Tonle Sap, Migrasi Ikan Keli Gergasi (Anadromous Catfish Pangasius Krem), Implikasi Genetik ikan Keli Asia (Asian Catfish Pangasius hypophthalmus) dan Pemuliharaan serta Ekologi Spesies Ikan Migrasi.

Sumbangan beliau diteruskan ketika menjalankan projek pemuliharaan ikan salmon gergasi di Mongolia apabila berjaya menyelamatkan ikan terbabit daripada kepupusan dengan memperkenalkan sistem syarikat konsesi eko- pelancongan yang menguruskan pakej pancing layang berkonsepkan tangkap dan lepas.

Kaedah terbabit secara langsung menjana ekonomi terhadap penduduk tempatan dan sekali gus memulihara spesies salmon terbabit daripada pupus.
Dr Hogan berkata kajian mengenai kehidupan ikan gergasi akan diteruskan sampai bila-bila demi menjaga spesies ini daripada terancam. Ini kerana kebanyakan tempat di dunia semakin mengalami kepupusan ikan bersaiz gergasi dan oleh itu tindakan memulihara perlu untuk generasi masa depan.


Projek Ikan Gergasi (Megafish Project)

PROJEK Ikan Gergasi adalah cubaan pertama dilakukan untuk mendokumenkan dan melindungi ikan gergasi air tawar yang diancam kepupusan.

Projek yang bermula awal 2004 diketuai Dr Hogan melalui National Geographic akan menjelajah 14 ekosistem air tawar di dunia bagi mengkaji kepelbagaian spesies akuatik termasuk di tapak warisan dunia, Kepentingan Antarabangsa Tanah Lembap Ramsar dan Program Biodiversiti Tumpuan Persekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sepanjang kajian ini, Dr Hogan dan pasukannya akan menghimpunkan maklumat mengenai sejarah kehidupan, status populasi, kedudukan geografi serta mengaitkan ancaman setiap spesies dan mensintesiskan maklumat ini kepada IUCN Red List Assessments untuk dianalisis.

Beliau turut bekerjasama dengan lebih seratus saintis dan nelayan di 17 negara untuk mencari penyelesaian kepupusan biodiversiti ikan air tawar. Mereka turut mencari ikan air tawar gergasi untuk tujuan kajian ini.

Sumber: http://www.nationalgeographic.com/