Wednesday, August 17, 2011

Casting Boat Series @Malim Nawar Perak


Himpunan Kaki Casting tegar Peacock Bass Lembah Klang.

SEBELUM puasa lalu, penulis berkesempatan menghadiri pertandingan memancing Casting Boat Series di Malim Nawar Perak.
Acara anjuran Memerang Gopeng Sportfishing iaitu kelolaan Abg Mee Gopeng dengan kerjasama Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) yang dihadiri kira-kira 50 peserta dari Lembah Klang.
Pertandingan berkonsepkan tangkapan saiz bakal menjadi pemenang dan peserta perlu membawa boat sendiri (berpasangan 2 orang) menggunakan enjin untuk memburu PB di lombong sebesar 5 padang bola sepak itu.
Tiada hadiah lumayan dan keseronokan menjadi taruhan dikalangan kaki kasting semua.
Jom saksikan gambar rentetan pertandingan ini:


Peserta tiba seawal jam 2 pagi sebelum hari pertandingan. Sesi lepak sampai pagi dengan kaki kasting.


Peserta mendengar taklimat urusetia mengenai syarat pertandingan dari Pak Barau sebelum memulakan acara jam 8 pagi hingga 6 petang


Tangkapan pertama bekas Champion CBS 2010, Haruan.


Tangkapan seterusnya PB berskala 49 sentimeter (cm) dengan menggunakan Altima spoon warna biru


Tangkapan dari saudara Ali dari Putrajaya dengan Altima spoon warna emas. Tangkapan skala 52cm bakal dinobatkan IGFA sebagai tangkapan PB terbesar di Asia. Borang permohonan sudah dihantar ke pejabat IGFA, Amerika untuk permohonan itu.



Saiz PB yang didaratkan semua skala 40cm ke atas.Tiada PB remaja berjaya dipancing kami kecuali tilapia belang yang banyak dipancing.



Suasana peserta yanng memancing menggunakan bot



Acara tamat jam 6 petang walaupun hujan sedikit menggangu kelancaran pertandingan. Tangkapan dikira marsyal berdasarkan panjang PB


Juara Individu milik Ali Putrajaya dengan tangkapan PB 52cm.


Juara Kumpulan milik Ali dan Fauzi


Penulis (kiri) dan Akmal (tengah) berada di tempat ketiga untuk kategori kumpulan


gambar kenangan dengan PB yang berjaya dipancing. Gewang spoon jenis Altima saja yang dilayan PB pada hari itu.


Gambar kenangan peserta Casting Boat Series 2011

tamat

Monday, July 18, 2011

Dr Zeb Hogan-Pejuang Ikan Mega

Susunan/ terjemahan Zulhilmi Hat
PEJUANG ikan bersaiz gergasi, Dr Zeb Hogan, 36, adalah individu ternama yang bukan asing di kalangan kaki pancing yang gemar melihat beliau beraksi di kaca televisyen melalui program Hooked dan Monster Fish di saluran National Geographic yang bersiaran setiap minggu.

Pakar hidupan akuatik dan ekologi yang memperoleh PhD dari University California itu dikatakan sudah menjelajah hampir semua perairan di dunia termasuk Thailand dan Kemboja demi merealisasikan hasil kajian beliau iaitu memulihara ikan gergasi air tawar.

Saintis berasal dari Tempe, Arizona itu juga sudah menjejaki beratus- ratus ikan air tawar di Asia Tenggara dan Amazon, Brazil untuk mengisi kajiannya mengenai kelangsungan hidupan spesies ikan gergasi.

Antara spesies ikan yang menjadi hasil kajian Dr Hogan seperti keli Mekong, pari gergasi air tawar, trout, keli wel, salmon dan arapaima gigas atau pirarucu yang kini di ambang kepupusan hasil tangkapan melampau.

Dr Hogan yang juga Ketua Projek Ikan Gergasi National Geographic (Megafishes Project) berkata, keghairahan beliau memulihara ikan gergasi bukan terletak kepada kerja sematamata, malah cinta beliau terhadap hidupan ikan air tawar membawa dirinya semakin berani untuk berjuang memulihara ikan ini.

Kunjungan beliau ke Kemboja sebelum ini berjaya menyelamatkan keli Mekong gergasi yang ditangkap nelayan tempatan. Beliau membeli semua ikan ini dan kemudian melepaskan semula pada habitat asal.

"Pemahaman dan pembelajaran mengenai habitat ikan juga sangat penting. Dengan cara ini kita dapat mengenal pasti hidupan ikan diancam kepupusan yang teruk," katanya.

Beliau dan rakan saintisnya turut memberi sumbangan dengan menghasilkan buku berkaitan nama spesies ikan untuk kanak-kanak Kemboja dan hasilnya cukup menakjubkan apabila mereka dapat mengenal pasti ikan yang mendiami perairan sungai Kemboja.

Selaras dengan itu, Dr Hogan menumpukan beberapa projek kajian beliau mengenai pemuliharaan ikan air tawar gergasi di Kemboja seperti Status dan Migrasi Keli Gergasi Mekong di Sungai Tonle Sap, Migrasi Ikan Keli Gergasi (Anadromous Catfish Pangasius Krem), Implikasi Genetik ikan Keli Asia (Asian Catfish Pangasius hypophthalmus) dan Pemuliharaan serta Ekologi Spesies Ikan Migrasi.

Sumbangan beliau diteruskan ketika menjalankan projek pemuliharaan ikan salmon gergasi di Mongolia apabila berjaya menyelamatkan ikan terbabit daripada kepupusan dengan memperkenalkan sistem syarikat konsesi eko- pelancongan yang menguruskan pakej pancing layang berkonsepkan tangkap dan lepas.

Kaedah terbabit secara langsung menjana ekonomi terhadap penduduk tempatan dan sekali gus memulihara spesies salmon terbabit daripada pupus.
Dr Hogan berkata kajian mengenai kehidupan ikan gergasi akan diteruskan sampai bila-bila demi menjaga spesies ini daripada terancam. Ini kerana kebanyakan tempat di dunia semakin mengalami kepupusan ikan bersaiz gergasi dan oleh itu tindakan memulihara perlu untuk generasi masa depan.


Projek Ikan Gergasi (Megafish Project)

PROJEK Ikan Gergasi adalah cubaan pertama dilakukan untuk mendokumenkan dan melindungi ikan gergasi air tawar yang diancam kepupusan.

Projek yang bermula awal 2004 diketuai Dr Hogan melalui National Geographic akan menjelajah 14 ekosistem air tawar di dunia bagi mengkaji kepelbagaian spesies akuatik termasuk di tapak warisan dunia, Kepentingan Antarabangsa Tanah Lembap Ramsar dan Program Biodiversiti Tumpuan Persekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sepanjang kajian ini, Dr Hogan dan pasukannya akan menghimpunkan maklumat mengenai sejarah kehidupan, status populasi, kedudukan geografi serta mengaitkan ancaman setiap spesies dan mensintesiskan maklumat ini kepada IUCN Red List Assessments untuk dianalisis.

Beliau turut bekerjasama dengan lebih seratus saintis dan nelayan di 17 negara untuk mencari penyelesaian kepupusan biodiversiti ikan air tawar. Mereka turut mencari ikan air tawar gergasi untuk tujuan kajian ini.

Sumber: http://www.nationalgeographic.com/

Monday, July 4, 2011

Tarpon@Bulan di Kedah

Ikan Bulan di Kedah
Selepas mendapat tunjuk lokasi dari sahabat yang melakukan lawatan tapak kerja di kawasan Kuala Kedah, penulis berkesempatan balik ke kampung baru-baru ini mencari tempat yang diceritakan itu..
Lokasi sungai kecil dan berada di kawasan sawah menjadi habitat ikan bulan hidup menjadi lubuk baru penulis yang gilakan tentangan ikan ini.

Jom saksikan gambarnya:


Ikan Bulan pertama tangkapan penulisdi negegeri Kedah Darul Aman


Ikan Bulan yang berjaya dipancing menggunakan Abu Tormentor warna merah jambu,putih.


Warna keperakan bulan dekat sini menyerlah ditambah warna merah bahagian sirp dorsal.


Saiz ikan bulan frenzy cukup besar sehinggakan depan kaki penulis, ikan ini muncul tanpa malu-malu..


Kalau rajin kasting...ni lah hasilnya..

Kesimpulan: bulan di Kuala Kedah ini masih malu-malu dengan gewang. Gunakan gewang saiz mikro seakan ikan seluang pasti mencakop. Cara dia menyambar gewang cukup sopan santun tetapi apabila terkena matakail larian padu dibuatnya bakal mengagalkan untuk mendaratkan ikan ini.gunakan set UL cukup padan dengan saiznya..

Monday, June 27, 2011

Micro Jig Peacock Bass

Peacock Bass dan Micro Jig

Baru-baru ini penulis berkesempatan mengikuti trip memancing di Gopeng Perak, menggunakan tekong Abg Mee.
Lokasi kami di sekitar lombong Batu Gajah, Perak yang terkenal sebagai luluk Peacock paling banyak!!. Target saiz 45 cm..dapat sekitar 30 cm.
Seprti biasa penulis menggunakan set UL (Ultr Light) MC Basspara 3-6 lbs dan gewang LC Wander45, Spoon Cultiva 2gram, spoon Bakau 2gram. Storm flutterstick 6cm.
Jom saksikan gambarnya!!



Peacock bass ramah menghentam jig ketika dilabuhkan berhampiran 'samai' lumut. pada kedalaman 15' kaki kedalaman lombong.


Warna terang peacock bass kelihatan sangat jelas apabila semakakin matang. Faktor air turut mepengaruhinya..


Close Up paecock bass dengan mikro jig 2gram.


Gewang LC Wander tak payah nak citer kalu mancing ikan baka Amazon nie.Pasti mengena~~


Spoon saiz 3g dibaling atas samai terus dikejar PB...Lure murahan cap BAKAU


Close Up spoon cap Bakau..laku menjerat PB..Terkorban tersangkut samai!!lebur RM2.50.


Wander 45 Pink. Terkorban akibat tersangkut samai (Moss). Lebur RM45.00


Lubuk sebegini jangan terlepas pandang kerana ikan peacock menjadikan kawasan ini sebagai kampungnya!!!.


Boat On The Road-Santai selepas memancing!!

Tuesday, June 7, 2011

Merak Bass@ Ikan Raja

PB dengan Micro Spoon dan Fly Fishing

Sabtu lepas (4 Jun), Penulis berkunjung ke Tasik Biru, Kundang Sungai Buloh Selangor, Malaysia untuk menghilangkan boring bersama rakan Zauber aka cikgu Yusmie untuk menduga ikan Peacock Bass (PB) yang dikatakan wujud dalam tasik itu lama dahulu.
Kami tiba di tasik tersebut jam 7 pagi susulan ikan dikatakan aktif pada waktu itu.
Jom saksikan gambar!!!


Jenis spoon mikro yang sukar didapati di pasaran keluaran Cultiva. First time dicuba terus dikejar PB bersaiz empat jari dewasa. PB tasik ini dikatakan bijak mengenal gewang keras beraiz besar. TIP di sini sila bawa spoon yang jarang digunakan untuk memperdayakan ikan PB yang 'bijak' 'clever'


Hasil tangkapan bersama spoon mikro keluaran Cultiva 2gram (g).PB mengikut spoon hingga ke tebing.


Penulis bersama hasil tangkapan.Syokkk walaupun bersaiz kecil



Kaedah pancingan layang cukup ampuh untuk menipu ikan raja berbanding gewang


Gambar 'Close Up' ikan raja dengan umpan fly jenis clouser berwarna pink.

Tuesday, April 5, 2011

Jackub Vagner-Pemancing Muda Terhebat


Jakub Vagner pemburu ikan sejati

Pahlawan Ikan (Fish Warrior), Jakub Vagner, 30, cukup dikagumi kaki pancing di seluruh dunia kerana kebolehannya memancing serta mendaratkan ikan bersaiz mega.
Lelaki kurus dan berambut perang yang berasal dari Republik Czech ini.
berpengalaman luas dan terbabit dengan semua aktiviti memancing secara ekstrem di perairan masin ataupun tawar di seluruh dunia.

Tidak hairanlah pada seusia sebegini, beliau pernah menjadi jurupandu yang paling berjaya di Australia dan negara-negara Eropah yang memerlukan khidmat beliau bagi mencari spesis terbesar untuk tujuan kajian saintifik.

Sepanjang pencapaian dalam arena memancingnya, Vagner pernah menaikkan ikan pemangsa seperti layaran, keli, tuna, tarpon, jerung, pari air tawar, kerakap Sungai Nil sehingga mendapat pengiktirafan dari Persatuan Sukan Memancing Antarabangsa (IGFA) kerana kebolehan mendaratkan ikan terbesar menggunakan kaedah memancing.


Hasil tangkapan bersaiz mega yang menaikkan nama beliau sebagai pemancing tersohor dalam arena memancing.

Ini diperkuatkan dengan rekod yang dicapai dalam kerjaya profesionalnya sebagai pemancing ikan Arapaima Gigas terbesar seberat 154 kilogram (kg), disusuli tangkapan lain seperti keli Wel (110 kg) dan Goliath (75kg).


Jakub Vagner bersama tangkapan ikan kerakap atau siakap Sg Nil

Rekod ini kemudian dipecahkan beliau pada Februari hingga Mac 2008 apabila mendaratkan ikan Goliath seberat 215 kilogram iaitu ikan air tawar paling besar pernah ditangkap dalam ekspedisi memancing di sungai Amazon, Amerika Selatan.


Aksi paling menarik yang ditonjolkan beliau.Jakub berpengalaman luas dalam teknik menaikkan ikan besar ini.

Kehandalan bekas peguam ini mendaratkan ikan bukan untuk dijadikan lauk untuk makanannya malah dalam kesemua hasil tangkapannya akan dilepaskan kembali mengikut konsep tangkap dan lepas yang diamalkan oleh pemancing profesional lain.

Keghairahan Vagner tidak habis sekadar memancing, beliau turut menerbitkan dokumentari yang antaranya pernah disiarkan dalam rancangan Discovery dan National Geographic iaitu alam siri ‘Hooked’ dan ‘Fish Warrior’.


Ikan White Sturgeon yang berjaya ditangkap menerusi teknik dasar. Perlawanan memakan masa hampir sejam untuk menaikkan ikan berskala 20 kg ini. Good Job!!

Beliau turut menerbitkan sebanyak 14 keping DVD berkaitan aktiviti memancingnya di seluruh pelusuk dunia. DVD terbabit pernah dijual kira-kira 500,000 salinan hanya di tempat kelahirannya di Republik Czech.

Usaha beliau diteruskan lagi dengan berkongsi pengalaman melalui artikel mengenai aktiviti memancing dan sering dijemput menjadi tetamu dalam siri bual bicara program televisyen dan radio di Eropah.


Jakub sering dijemput dalam siri temu bual untuk berkongsi pengalaman beliau.

Sehingga hari ini, keghairahan Vagner memburu ikan bersaiz mega masih diteruskan dan menurutnya, spesies ikan air tawar bersaiz lebih mega masih belum tertunai bagi memecahkan rekod sedia ada dan berazam melakukannya supaya rekod itu tidak boleh dicabar oleh pemancing lain.

Wednesday, March 2, 2011

IKAN BULAN BAGAN DATOH,PERAK
'Realiti dan Fantasi'


ASSALAMUALAIKUM, Perancangan kali pertama ke Bagan Datoh, Perak oleh penulis dan rakan casting yang lain kali pertama selepas puas memancing ikan spesis sama di Sabak Bernam, Selangor. Jom saksikan gambarnya;


Ikan Bulan atau Tarpon Bagan Datoh mudah terjerat menggunakan gewang jenis Abu Tormentor warna oren/putih. Parit sekitar BD hanyar seluar 3-5 depa orang dewasa dengan airnya berwarna hitam. Penggunaan gewang aksi minnow cucup sesuai untuk menipu ikan yang gemar melakukan sambaran di pertengahan air.


Kawasan parit sekitar BD yang boleh dikatakan menjadi santuari ikan bulan. Aktiviti ikan ini 'frenzy' mengikut pasang susut air. Penulis yang berkunjung ke lokasi BD sebanyak dua kali mendapati ikan kurang 'frenzy' pada air pasang besar dan sebaliknya 'frenzy' pada air surut.


Untuk pengetahuan semua. Perairan parit sekitar BD kaya dengan pelbagai jenis ikan dan undang yang berasimilasi dengan air masin dan tawar atau payau. Haruan, siakap, ikan ubi, udang galah, udang putih juga terdapat d sini. Justeru kunjungan penulis ke sana turut membuahkan hasil dari tangkapan ikan haruan. Tangkapan lain susah sikit kecuali menggunakan JALA (net).


Lagi lokasi kawasan ikan bulan. Sekiranya anda berhasrat memburu ikan bertulang banyak ini. Gewang jenis berwarna terang sangat digalakkan. Selaian itu, saiznya sekitar 4 cm (lenght) dan berat (weight) 2-4 gram.

RUMUSAN:

Kunjungan ini dilakukan pada waktu petang dan hasilnya tidak begitu memuaskan pada kami semua. Tetapi selepas membuat post mortem sesama sendiri, kami merumuskan jadual pasang surut air laut perlu diambil perhatian untuk mendapat strike yang terlampau banyak. Hasil tangkapan tidak penting kerana ikan ini bukan sedap dibuat lauk!!.
Set Ultralight(UL)galakkan untuk memberi tentanga yang mencabar kepada ikan ini dan pemancingnya.