Wednesday, May 5, 2010

6 penaja serah produk bernilai RM27,000 Boat On The Road





KUALA LUMPUR: Enam penaja tampil menyerahkan tajaan keseluruhan bernilai RM27,000 sebagai komitmen penganjuran ekspedisi memancing sambil santai Boat On The Road (BOTR) yang akan berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad depan.

Penaja berikut iaitu Tourism Malaysia, UFL & Coleman, TCE Tackles, Boat Explorer Sdn Bhd, Outworld Pro Gear dan Super Best Power Sdn Bhd.

Tajaan terbabit diserahkan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid sambil disaksikan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mahfar Ali di Balai Berita
Pada majlis itu, Tourism Malaysia hadir menyerahkan tajaan wang tunai dan hamper bernilai RM12,000 diwakili Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, Zulkifly Md Said; UFL & Coleman menaja peralatan sukan lasak bernilai RM5,000 diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Radna Krisnan

Penaja lain iaitu TCE Tackles yang menaja peralatan memancing bernilai RM3,000 diwakili Pengarah Pemasarannya, Micheal Tan; Boat Explorer Sdn Bhd yang menaja sebuah bot bernilai RM3,000 di wakili Pengarah Urusannya, Mike Thien.



Outworld Pro Gear yang turut menaja barangan sukan lasak bernilai RM1,500 diwakili Pengurus Programnya Khairil Yusree dan Super Best Power (M) Sdn Bhd menaja produk berasakan minuman kesihatan bernilai RM2,500 diwakili Ketua Pegawai Operasinya Kamal Mohd Noor.

Terdahulu Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Said sudah menyerahkan tajaan wang tunai RM150,000 sempena program BOTR ini.
BOTR anjuran Unit Joran Berita Harian dan TV3 yang diadakan sempena siri Jelajah Joran bersiaran pada 16 Mei ini selama 13 episod menjayakan acara berkonvoi kira-kira 50 kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang memancing sambil bersantai di rumah bot, Tasik Kenyir.

Dalam pertandingan ini sejumlah RM10,000 ditawarkan kepada pasukan yang menang iaitu juara membawa pulang RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Sebanyak 10 hadiah sagu hati RM300 dan lima sagu hati bernilai RM200 setiap satu ditawarkan kepada peserta individu.

No comments: