Tuesday, April 27, 2010

Dua Sungai Ditutup Sementara Waktu


Peta Google tasik Kenyir

Sungai Mandak dan Sungai Siput ditutup bermula 1 Mei



KUALA LUMPUR: Sungai Siput dan Mandak di Tasik Kenyir yang dihuni pelbagai spesis ikan seperti toman, kaloi, sebarau dan belida akan ditutup sementara waktu untuk sebarang aktiviti penangkapan ikan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Zaabar Mohd Adib.

Penutupannya akan bermula hari ini bersempena pertandingan memancing ‘Boat On The Road’ yang dijadual berlangsung pada minggu depan.

Katanya, dua sungai itu sudah dikenal pasti kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sebagai lokasi yang dihuni pelbagai spesis ikan air tawar yang mempunyai kelasnya tersendiri.


Jenis Boat House yang akan digunakan nanti.

“Lokasi itu akan ditutup daripada semua aktiviti penangkapan ikan dan memancing selama seminggu untuk memastikan peserta yang mengambil bahagian memperoleh ikan.
“Selain itu, sebagai tanda kerjasama dengan TV3 dan Unit Joran yang melancarkan program ini sekali gus menarik orang ramai menjadikan tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan domestik yang terbaik,” katanya.

Ekspedisi memancing sambil santai ‘Boat On The Road’ yang diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu ini bakal menyaksikan peserta berkonvoi beramai-ramai dari Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Sri Pentas menuju ke Tasik Kenyir sejauh 428 kilometer (km).


Ikan Toman banyak mendominasi sekitar tasik Kenyir ini.

Dengan yuran penyertaan RM250 seorang peserta layak memenangi hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000 yang menyaksikan juara membawa pulang wang tunai RM3,000; kedua RM,2000 dan ketiga RM1,000.

Peserta yang berjaya menangkap ikan naga atau ‘Arapaima Gigas’ seperti diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bakal membawa pulang RM20,000.

tamat

No comments: