Monday, April 19, 2010

Kembara Joran 'Boat On The Road'

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya TV3 dan Berita Harian akan menganjurkan siri penjelajahan 'Boat On The Road' menuju ke Tasik Kenyir, Terengganu pada 7 hingga 9 Mei depan.
Siri penjelajahan ini yang dianggotai sekurangnya 200 peserta atau 50 kenderaan 4x4 yang akan bertolak dari Sri Pentas, Damansara menuju ke Kenyir.
Setiap peserta dikenakan RM250 seorang meliputi makan/minum dan tempat tinggal selama tiga hari dua malam di situ.Hadiah tempat pertama RM5,000 (anggaran awal)
Atucara yang dijalankan nanti seperti memancing dengan teknik mengilat, pertandingan memancing di tepian tasik dengan menggunakan sebarang umpan (gewang, spoon, dsb)
Syarat penyertaan:
1.Wajib ada sebuah kenderaan dengan Bot Aluminium (yang tidak ada boleh
tumpang)walau bagaimanapun dua orang saja dibenarkan berada dalam bot.
2.Penyertaan kelab sangat dialu-alukan.

Pada masa sekarang Menteri Besar Terengganu sudah menaja RM150,000 sebagai galakan untuk merealisasikan program ini disamping mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi perlancongan Malaysia.

Ekspedisi ini terhad kepada 50 kenderaan awal yang mendaftar.
Sila email kepada umbai@nstp.com.my atau manjoran@yahoo.com jika anda ingin mendaftar. Sertakan:

1. Nama Kumpulan
2. Jenis kenderaan
3. Nama peserta, alamat, no talipon, email

Penulis juga antara yang terlibat sama sepanjang penganjuran program itu nanti.

No comments: