Wednesday, December 2, 2009

14 haruan paya Ladang Air Ganda tewas

Haruan Paya Ladang Kelpa Sawit Geng Perodua



LADANG sawit Air Ganda Kampung Cawang Teluk Intan, Perak, yang memang tersembunyi rupanya menjadi tempat persembunyian haruan paya hitam yang jarang diterokai pemancing setempat.


Berbekalkan umpan katak dan cengkerik, Geng Perodua, Nasir, Om, Apek dan Man yang mendapat khabar tidak membuang masa untuk meneroka lokasi berkenaan.
Aktiviti memancing di ladang kelapa sawit selama lima jam berjaya membawa pulang 14 ekor ikan haruan berskala 300 hingga 500 gram dan sepuluh puyu.
Aktiviti hujung minggu itu berjaya mengubat kekecewaan geng berkenaan yang tidak dapat memancing di laut kerana musim tengkujuh sedang melanda perairan negara. -

Oleh Zulhilmi Hat

No comments: