Sunday, September 26, 2010

PEACOCK BASS@SUBANG JAYA


Peacock Bass hampir sekilogram menghentam Flutterstik 'glow in the dark'

Peacock membaham Flutterstick lagi!

Subang Jaya: Setelah sekian lama penulis yang kerap menjadikan Tasik Subang Jaya sebagai port memancing bersebelahan Subang Jaya Medical Centre (SJMC) milik Sime Darby pada zaman menuntut di UiTM dulu selalunya tidak pernah menaikkan ikan Peacock Bass yang berskala hampir 1 kilogram (Kg)
Baru-baru ini, trip yang diatur semula oleh Team Noob Caster menjelajah tasik itu membawa berita gembira apabila penulis sendiri menaikkan ikan berasal dari sungai Amazon itu terjerat di lure Flutterstick itu.
Walaupun perlawanan singkat selepas mangsa menyerang hendap bawah rimbunan pokok kelapa sawit yang daunnya terjuntai permukaan tasik, joran dari Seahawk Scorpion 6-12 paun cukup cantik melentur 'U'apabila dipadankan dengan Abu Revo Elite CB GP beralas 10 ball bearing itu.
Jom kita saksikan gambarnya'


Jarak dekat PB berlatarbelakang hotel Holiday Villa Subang Jaya.


Saiz jika dibandingkan dengan botol minuman Coca Cola


Saiz juvenil yang kerap dinaikkan dengan lure hot tiger. Apabila anda menggunakan kaca mata polarized, kelibat ikan ini menghentam atau mengejar gewang boleh dilihat dengan jelas. Sekelip mata sambaran berlaku.Bestt.


Pandangan sisi ikan yang saiz sama. Kolam yang berair jenis umpama kristal menyerlahkan warna ikan ini. Cantik dibela dan jangan pula dilepas.


OOO yeahhh..penulis berposing dengan ikan sama.

Kesimpulan: Tasik Subang Jaya mempunyai tiga kawasan untuk dicuba. Tasik Pertama terletak berhampiran Lebuhraya Persekutuan. Kedua Tasik yang dahulunya kolam berbayar Halim (kini boleh memancing secara percuma di sini) dan ketiga, tasik berhampiran Holiday Villa.
Kawasan berair jernih amat susah dipancing menggunakan gewang kerana 'kebijakkan' ikan ini mengecam gewang yang dihulurkan. Oleh itu pemancing digalakkan menggunakan gewang bersaiz 7cm seperti Flutterstik@Baby Cima berwarna terang untuk menjinakkanya. Selamat mencuba.

2 comments:

BlueMush said...

bestnya tgk hookup pekok.. sejak pindah mai KL, joran pun dah naik sawang... dah la xdak kawan, port pun xtau... huhuhuhu... Congrat !!!

BlueMush said...

Best... congrat bro! sejak saya pindah mai KL, set casting pun dah naik sawang.. huhuhuhuhu... xtau port. Kawan pun xdak kat sini... aduihhhh