Tuesday, February 2, 2010

Penangan Si Katak Kayu.

Katak Oh Katak
Oleh Zulhlmi Hat

Katak kayu yang dulunya belum dikenali di negara ini sudah menjadi koleksi wajib untuk kaki mengilat yang mengakui keberkesannya menjerat ikan persis kepala ular a.k.a haruan.
Pelbagai saiz dan warna 'garang& ghairah' seakan katak hidup yang beraksi di permukaan air dan lumut, cukup meliurkan haruan untuk menjengahnya.

Ditambah pula aksosori kipas di muncung mulutnya dan bulu getah ala skinhead di ekornya menambah keberkesanan untuk menipu ikan seperti ini.

Justeru, tidak hairanlah kebanyakkan kedai pancing kini berlumba menjualnya kerana kaki mengilat sudah diracun senario umpan yang berasal dari Siam itu.

Penulis yang baru tahu akan mujarabnya selepas terpengaruh dengan DVD majalah Sirip yang memancing ikan ini di Bintulu, Sarawak.

Atas desakan 'nafsu' serakah menjerat ikan ini, saya bergegas ke kedai pancing di Kepong dan membeli katak lure bakau berwarna putih (RM5.++)

Kebetulan, sehari selepas itu yang akan bertolak balik ke kampung di Kedah dan kebetulan pula musim memancing ikan haruan di sana. Di sini gambarnya.

























Gambar 1: Spot tali air di sawah menjadi lokasi untuk eksperimen















Gambar2: Tangkapan haruan dengan set Abu Garcia Conolon 6' dan BC Abu Garcia Blue Max. Umpan jenais katak lure dari Bakau.















Gambar3: Umpan jenis Eupro di kolam terbiar Pantai Remis. Ikan haruan air masin..



Sudah jelas, bahawa apa yang saya pelajari dari DVD dan majalah sangat berkesan untuk mempelbagaikan teknik menjerat ikan haruan ini dan beberapa koleksi gewang katak seperti ini sudah menjasi koleksi tetap untuk kaki mengilati macam saya.

No comments: