Sunday, February 7, 2010

Cara membuat Rak Joran dari Pak Jaafar

Rak Joran dari kayu terpakai.
Oleh: Zulhilmi Hat

Memiliki koleksi joran pelbagai jenama sudah tentu menjadi kebanggaan kaki pancing.
Bagaimanapun, pengumpul joran pasti menghadapi masalah menyimpan koleksi joran mereka. Malah, dalam keadaan tertentu jika tidak dikendalikan dengan betul, joran mudah patah dan ini pasti merugikan.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, pemilik joran perlu membuat rak khas bagi menyusun batang joran secara lebih teratur dan kemas.

Baru-baru ini penulis ditugaskan untuk berjumpa dengan seorang pembuat rak joran, Jaafar Zainuddin, 63, yang berasal dari Kampung Jawa, Shah Alam Selangor.

Di sini, beliau menunjukkan cara-cara membuat rak joran dari kayu terpakai.

Gambar 1: Kayu terpakai jenis 'pine" menjadi pilihan utama untuk membuat rak joran
Gambar 2: Peralatan pertukangan yang digunakan untuk membuat rak joran

Gambar 3 :Kayu yang dipilih akan diketam terlebih dahulu pada 11 bahagian yang dikehehendaki


Gambar 4: Keratan pasangan untuk tapak berbentuk '^' yang siap digam


Gambar 5: Saiz kayu empat segi panjang ini akan ditebuk di tengah untuk diletakkan pemegang rod apabila siap nanti
Gambar 6 : Papan segi empat panjang ditebuk tengan mengikut jarak ditetapkan (lubang ikut pilihan rak yang anda kehendaki.
Gambar 7: Kayu yang siap ditebuk dan dibelah pada bahagian tengah.



Gambar 8: Kayu yang siap di tebuk dan dibelah.


Gambar 9 :Rak yang siap dicantum/pasang


Gambar 10: Jenis syelek/cat kayu ditawarkan kepada pelanggan.


Gambar 11: Rak yang siap dipasang dan di syelek mengikut tempahan pelanggan. Mudah kan!

No comments: