Tuesday, March 16, 2010

GP Joran Pusingan 1

Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my

Poster GP Pusingan 1

KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai( RM84,000) RM82,000 (confirm) bakal menanti peserta dalam acara Karnival Memancing GP Joran 2010 Pusingan Pertama yang dijadualkan berlangsung di Kuala Pahang, Pekan, Pahang pada 10 dan 11 April depan.

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah penganjuran siri GP joran sebelum ini menawarkan RM57,000 bagi Kategori Pantai dan Laut di lokasi sama.

Selain itu, peningkatan hadiah ini juga sebagai pengiktirafan kepada peserta setia GP Joran selama 14 tahun penganjuran Berita Harian terbabit dalam industri pertandingan memancing ini.
Dalam pusingan pertama kali ini, Juara Kategori Pantai dan Laut masing-masing bakal membawa wang tunai RM20,000; kedua RM10,000; ketiga RM4,000.

Tempat keempat Kategori Pantai RM800; kelima RM400, keenam hingga ke-15 RM200; ke-16 hingga ke- 30 RM100. Kategori Laut tempat keempat RM1,000; kelima RM500; keenam hingga ke-15 RM300; ke-16 hingga ke-30 RM200 dan hadiah hamper bagi kedua-dua kategori tempat 31 hingga ke-40.

Bagi Kategori Khas Ikan Pari terberat (Kategori Laut) tempat pertama RM1,000; kedua RM500; ketiga RM300.
Yuran penyertaan bagi Kategori Pantai RM100 dan Laut RM200. Sebanyak 1,500 baju t shirt akan diberikan kepada peserta yang mendaftar awal semasa acara yang berlangsung Sabtu dan Ahad itu.

Borang penyertaan akan dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 24,28,29,30 dan 31 Mac manakala Harian Metro pada 1 hingga 6 April. Tarikh tutup pendaftaran Kategori Laut pada 6 April yang mana tiada bayaran di jeti manakala Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

Penganjur juga menasihatkan peserta Kategori Laut supaya mendaftar lebih awal di cawangan pejabat Berita Harian di seluruh negeri kerana kemudahan bot adalah terhad.

Dalam pertandingan ini, 20 mata yang dikutip dari pertandingan sebelumnya, Pra GP Joran akan di bawa dalam siri pusingan pertama. Sistem mata GP joran masih dikekalkan mengikut kategori spesis yang dipertandingkan.

No comments: