Sunday, January 24, 2010

Wang Tunai Pra Gp Joran Melaka di naikkan?



PRA TM GP JORAN 2010 Pantai Puteri Melaka.

Hadiah Juara Pra GP Joran Pantai Puteri Melaka akan dinaikkan sehingga 20 peratus bermula
27 dan 28 Februari depan, selepas diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Balai Berita baru-baru ini.

Keputusan kenaikan wang tunai hadiah utama itu sedang dibincangkan oleh Unit Joran yang akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sebelum ini hadiah Utama Kategori Pantai sahaja di Melaka adalah RM15,000 yang dimenangi oleh Mohd Ali Abu Bakar, 39, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah, Melaka.

Anggaran Juara pada 2010 ini di Pantai Puteri kemungkinan akan mencecah RM20,000-25,000 dengan disertai pelbagai hadiah dari penaja yang mengambil bahagian nanti.

Jadi, untuk wang sebanyak itu, yuran turut dinaikkan RM 100 untuk kategori Pantai sahaja dan makalumat lanjut akan diiklankan pada sispan joran yang akan bermuala pada bulan Februari depan.

Untuk tahun ke 13 berturut-turut, Pra GP Joran memilih Pantai Puteri, Melaka sebagai lokasi pertandingan memancing bagi Kategori Pantai berdasarkan keadaan geografi pantai yang terkenal dengan pelbagai spesies ikan seperti gelama, kerapu, pari, sembilang, malong dan daun baru.

Selain pantainya yang cantik, lokasi memancing sepanjang lima kilometer ini adalah kawasan yang sentiasa menerima kunjungan ramai dari penduduk tempatan untuk bermandi manda pada cuti hari minggu.

Dalam pada itu penganjur masih mengekalkan empat lokasi utama pertandingan ini iaitu di Pantai Puteri (Melaka), Kuala Pahang (Pahang), Kuala Sedili (Johor) dan Teluk Lipat (Terengganu).

Walau bagaimanapun dalam pertandingan Pra GP ini, penganjur akan mensasarkan peserta paling ramai untuk memecahkan rekod terkini sejak tiga tahun lepas yang dilaporkan berada pada tahap yang membanggakan. Sasaran ini selaras dengan hadiah wang tunai yang dinaikkan oleh penganjur kali ini.

Untuk rekod, dalam empat pusingan Memancing GP Joran, Perodua selaku penaja rasmi akan menaja dua buah kenderaan untuk juara keseluruhan Kategori Laut dan Pantai dalam Grand Slam GP Joran di Teluk Lipat, Dungun.

Selain itu, bagi penaja lain seperti Gardenia, TCE Takcles, UFL Coleman dan Noraini’s Cookies turut memeriahkan karnival dengan mempamerkan produk terkini keluaran mereka dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung yang hadir.

No comments: